Sehari-hari menenun rindu pada keselesaan
sekian lama ia telah berlalu
meninggalkan urat-urat biru
yang menyarati saraf jasad itu
sekian lama tergadai jiwa raga
kesetiaan yang tulus jitu total.
Penamatnya hanya rentetan trajidi
yang tragis.
Sujud bermohon doa
nyah segera semua itu
namun masih juga di sini
di mata ini
di hati ini
Thursday 30 June 2011
Wednesday 29 June 2011
Rumah itu
Letak di pintu manisan mayang
kain labuh buat bertudung
Rumah itu warisan moyang
tempat berteduh tempat berlindung
Pokok melaka di dalam kota
batang berkelok diletak kaki
Rumah pusaka milik kita
sentiasa diperelok sentiasa dibaiki
Saprah hiasan siap berenda
letak di sisi tabur perada
Rumah warisan tempat bersenda
kita berkongsi apa yang ada
Senduduk ungu di tepi kolah
sayang angsana merah cerah
Rumah itu anugerah Allah
moyang membina susah payah
Sorong papan di dalam taman
anak panah dilepas jatuh
rumah warisan zaman berzaman
jangan dipunah jangan diruntuh
kain labuh buat bertudung
Rumah itu warisan moyang
tempat berteduh tempat berlindung
Pokok melaka di dalam kota
batang berkelok diletak kaki
Rumah pusaka milik kita
sentiasa diperelok sentiasa dibaiki
Saprah hiasan siap berenda
letak di sisi tabur perada
Rumah warisan tempat bersenda
kita berkongsi apa yang ada
Senduduk ungu di tepi kolah
sayang angsana merah cerah
Rumah itu anugerah Allah
moyang membina susah payah
Sorong papan di dalam taman
anak panah dilepas jatuh
rumah warisan zaman berzaman
jangan dipunah jangan diruntuh
Sunday 26 June 2011
Bicara hati
Di atas nyiru di bawah nyiru
atur hidangan atur penganan
Langit biru laut pun biru
bumi terbentang saujana pandangan
Pohon beringin singgah kenari
ranting kayu buat penujah
Sepoi angin daun menari
lembut bayu mengusap wajah
Susun berjalur lengkong pelangi
nilam delima berubah rona
Mawar melor harum mewangi
sepasang rerama menambah warna
Sayur terung gulai terung
ikan puyu di bawah tudung
Jangan tenung jangan merenung
wajah sayu bawah kerudung
atur hidangan atur penganan
Langit biru laut pun biru
bumi terbentang saujana pandangan
Pohon beringin singgah kenari
ranting kayu buat penujah
Sepoi angin daun menari
lembut bayu mengusap wajah
Susun berjalur lengkong pelangi
nilam delima berubah rona
Mawar melor harum mewangi
sepasang rerama menambah warna
Sayur terung gulai terung
ikan puyu di bawah tudung
Jangan tenung jangan merenung
wajah sayu bawah kerudung
Saturday 25 June 2011
Sedikit tips kehidupan - 3
Ingin murah rezeki?
Lakukanlah amalan-amalan di bawah ini:
1. solat sunat tahajud sepertiga malam
2. solat sunat duha tika mentari segalah hingga sebelum masuk zuhur
3. beristigfar berulangkali
4. berselawat berulangkali
5. membaca surah duha 7 x pagi dan 7 x petang
6. membaca surah alamnasyrah berulang kali
7. membaca surah alwaqiah
8. membaca ayat seribu dinar.
Amalkanlah mengikut kesesuaian dan kemampuan diri. Rezeki Allah itu mahaluas untuk hamba-hambaNya. InsyaAllah berserta sedikit usaha pasti akan melimpah rezeki itu ke ribaan kita
Lakukanlah amalan-amalan di bawah ini:
1. solat sunat tahajud sepertiga malam
2. solat sunat duha tika mentari segalah hingga sebelum masuk zuhur
3. beristigfar berulangkali
4. berselawat berulangkali
5. membaca surah duha 7 x pagi dan 7 x petang
6. membaca surah alamnasyrah berulang kali
7. membaca surah alwaqiah
8. membaca ayat seribu dinar.
Amalkanlah mengikut kesesuaian dan kemampuan diri. Rezeki Allah itu mahaluas untuk hamba-hambaNya. InsyaAllah berserta sedikit usaha pasti akan melimpah rezeki itu ke ribaan kita
Thursday 23 June 2011
Perasaan
Pohon beringin rendah merimbun
anak gajah menyisip tebu
meraup angin menadah embun
menyapu wajah mengusir debu
Lemah berhemah bertudung wajar
menyusur alur menghilir lembah
kaki lemah tersadung akar
jatuh tersungkur menyembam tanah
Bunga sekuntum barang dibawa
sopan laku tertib laku
orang tersenyum orang tertawa
sedih pilu bawa beradu
Limau purut lebat dipangkal
sayur lodeh bersama tauhu
angin ribut dapat disangkal
hati sedih siapa tahu
Bulan cerah luruh senduduk
buah nona buah belinja
hendak kemana mengayuh biduk
langit merah hari dah senja
anak gajah menyisip tebu
meraup angin menadah embun
menyapu wajah mengusir debu
Lemah berhemah bertudung wajar
menyusur alur menghilir lembah
kaki lemah tersadung akar
jatuh tersungkur menyembam tanah
Bunga sekuntum barang dibawa
sopan laku tertib laku
orang tersenyum orang tertawa
sedih pilu bawa beradu
Limau purut lebat dipangkal
sayur lodeh bersama tauhu
angin ribut dapat disangkal
hati sedih siapa tahu
Bulan cerah luruh senduduk
buah nona buah belinja
hendak kemana mengayuh biduk
langit merah hari dah senja
Wednesday 22 June 2011
Sedikit tips kehidupan - 2
Alam ini fana dan sentiasa berubah-ubah.Hendaklah jadi alim pada lidah dan alim pada hati.
1. Berpadalah dengan yang sedikit justeru hatinya kaya kerana redha. Bils kita bersyukur dengan apa yang ada Allah akan tambah nikmatnya.
2. Tinggalkanlah rasa dengki dan iri kerana itu adalah sifat iblis.Nescaya kelak akan bahagialah hatimu.
3. Jauhkanlah yang haram pasti Allah akan jadikan kita pecinta agama
4. Barang siapa yang kurang bercakap sempurnalah akalnya, bernas pemikirannya.
5. Amalkan ilmu benar yang diketahui walau sedikit nescaya AllAH AKAN TAMBAH ILMU YANG TIDAK DIDUGA.
6. Berusahalah untuk dunia seolah akan hidup selamanya dan beramallah untuk akhirat seolah akan mati esoknya. istiqamah dalam melakukannya.
7. Jadikanlah dirimu itu manis dan disenangi.
1. Berpadalah dengan yang sedikit justeru hatinya kaya kerana redha. Bils kita bersyukur dengan apa yang ada Allah akan tambah nikmatnya.
2. Tinggalkanlah rasa dengki dan iri kerana itu adalah sifat iblis.Nescaya kelak akan bahagialah hatimu.
3. Jauhkanlah yang haram pasti Allah akan jadikan kita pecinta agama
4. Barang siapa yang kurang bercakap sempurnalah akalnya, bernas pemikirannya.
5. Amalkan ilmu benar yang diketahui walau sedikit nescaya AllAH AKAN TAMBAH ILMU YANG TIDAK DIDUGA.
6. Berusahalah untuk dunia seolah akan hidup selamanya dan beramallah untuk akhirat seolah akan mati esoknya. istiqamah dalam melakukannya.
7. Jadikanlah dirimu itu manis dan disenangi.
Tuesday 21 June 2011
WAJAH
Sepasang mata yang bening
kemilau sinarnya
setenang kolam di bawah bulan
Sepasang alis hitam
rerambut halus di dahinya
kotak fikir yang sarat
mindanya dicerna dengan hebat
kata putus yang ditimbang dengan bijaksana
merahnya ulas bibir yang tidak dipoles
mengulum gigi putih berbaris
sentiasa ada pengucapan ria
buah pilu yang terawang pun jatuh
inginku sentuh bibir merkahmu
yang memandang pengertian
mengalih bayangan-bayangan
jemari yang lemah ini
tidak terdaya lagi mengelus pipimu
hai anak...
SECEBIS KISAH
Bagaimana hendak dimulakan
mengungkap kembali yang telah lama dilupakan. Mengungkitnya?
Mengadunnya, mencerna semula secanggih mungkin.
Siapa lagi yang mahu mendengar hikayat lama
yang sudah bermula
namun belum berakhir
kemilau sinarnya
setenang kolam di bawah bulan
Sepasang alis hitam
rerambut halus di dahinya
kotak fikir yang sarat
mindanya dicerna dengan hebat
kata putus yang ditimbang dengan bijaksana
merahnya ulas bibir yang tidak dipoles
mengulum gigi putih berbaris
sentiasa ada pengucapan ria
buah pilu yang terawang pun jatuh
inginku sentuh bibir merkahmu
yang memandang pengertian
mengalih bayangan-bayangan
jemari yang lemah ini
tidak terdaya lagi mengelus pipimu
hai anak...
SECEBIS KISAH
Bagaimana hendak dimulakan
mengungkap kembali yang telah lama dilupakan. Mengungkitnya?
Mengadunnya, mencerna semula secanggih mungkin.
Siapa lagi yang mahu mendengar hikayat lama
yang sudah bermula
namun belum berakhir
Monday 20 June 2011
Sedikit tips kehidupan
Kerja jangan bertangguh/solat pada waktunya.
2. Basah lidah dengan zikir
3. Jangan bersekutu dengan syaitan.
Tanda2 mereka yang mendapat keberkatan dunia dan akhirat:
1. tidak rakus kepada dunia dan inginkan akhirat
2. Semangat tertumpu ibadah kepada Allah.
3. Tidak bantak bercakap kecuali perlu
4. Menjaga solat
5. Merendah diri/tidak sombong
6. Bersahabat dengan para solihin
7. Menjauhkan diri kepada perkara yang haram
8. Pemurah/baik hati
9. Kasih sayang kepada semua makhluk
10. Selalu ingat mati
2. Basah lidah dengan zikir
3. Jangan bersekutu dengan syaitan.
Tanda2 mereka yang mendapat keberkatan dunia dan akhirat:
1. tidak rakus kepada dunia dan inginkan akhirat
2. Semangat tertumpu ibadah kepada Allah.
3. Tidak bantak bercakap kecuali perlu
4. Menjaga solat
5. Merendah diri/tidak sombong
6. Bersahabat dengan para solihin
7. Menjauhkan diri kepada perkara yang haram
8. Pemurah/baik hati
9. Kasih sayang kepada semua makhluk
10. Selalu ingat mati
Sunday 19 June 2011
Satira rasa
Buat rimpi padi muda
biar wangi semarak baunya
biar mimpimenjadi nyata
biar pelangi mewarnainya
Baju kedah pakai ke kota
bunga melati riaskan pipi
bukan mudah bagai dikata
justeru realiti bukan mimpi
Sampah sarap atas permatang
air bertakung di laman orang
apa diharap kelapa sebatang
pohonnya condong ke laman orang
Berbaju merah bersongkok merah
letak pelana di takar suasa
berdiri marah dudukpun marah
dalam lena membakar rasa
Sri Kedah indah dilagu
buah peria di tanah Cina
hari indah telah berlalu
tika ceria telah sirna
Bunga angsana sulur berduri
kain khaki kain pelikat
hendak kemana mengangsur diri
sedang kaki kemas terikat.
biar wangi semarak baunya
biar mimpimenjadi nyata
biar pelangi mewarnainya
Baju kedah pakai ke kota
bunga melati riaskan pipi
bukan mudah bagai dikata
justeru realiti bukan mimpi
Sampah sarap atas permatang
air bertakung di laman orang
apa diharap kelapa sebatang
pohonnya condong ke laman orang
Berbaju merah bersongkok merah
letak pelana di takar suasa
berdiri marah dudukpun marah
dalam lena membakar rasa
Sri Kedah indah dilagu
buah peria di tanah Cina
hari indah telah berlalu
tika ceria telah sirna
Bunga angsana sulur berduri
kain khaki kain pelikat
hendak kemana mengangsur diri
sedang kaki kemas terikat.
Friday 17 June 2011
SEBUAH VERSI CHINTA
Kenapa chinta?
Bukankah cinta!
chinta itu semalam
cinta ini hari ini
laras waktu yang terpisah jauh mengatakannya
chinta yang kehilangan mahu dirasakan
lalu dinukilkan sebuah keindahan.
aduhai kemboja putih
redupi pusara kekasih di bawah pohonmu
gugurkan kelopak menghamparinya
dan keharuman chinta menafaskannya sekata seudara maya
alfatihah adalah ayat-ayat chinta
Bukankah cinta!
chinta itu semalam
cinta ini hari ini
laras waktu yang terpisah jauh mengatakannya
chinta yang kehilangan mahu dirasakan
lalu dinukilkan sebuah keindahan.
aduhai kemboja putih
redupi pusara kekasih di bawah pohonmu
gugurkan kelopak menghamparinya
dan keharuman chinta menafaskannya sekata seudara maya
alfatihah adalah ayat-ayat chinta
Tuesday 14 June 2011
LUBUK YU/LUBUK IRU/LUBUK BIRU
Rahsianya tersembunyi tiada yang peduli
hutan dara melindungi indah alamnya
latanya menggema terjunan air yang bertemali
mengapakah kau bersuara kini
setelah sekian lama berdiam memendam rasa
murkakahmu dengan kezaliman-kezaliman
yang mencemari sunyi alammu
lalu tega menelan mangsa berbilang-bilang
Lubuk Yu adalah lubuk Iru yang biru
rahsianya tiada yang tahu
kemarahannya akan meletus
dengan kemungkaran yang dicetus
hutan dara melindungi indah alamnya
latanya menggema terjunan air yang bertemali
mengapakah kau bersuara kini
setelah sekian lama berdiam memendam rasa
murkakahmu dengan kezaliman-kezaliman
yang mencemari sunyi alammu
lalu tega menelan mangsa berbilang-bilang
Lubuk Yu adalah lubuk Iru yang biru
rahsianya tiada yang tahu
kemarahannya akan meletus
dengan kemungkaran yang dicetus
Sunday 12 June 2011
ADUHAI MALAM!
meski rembulan berselindung
ketara menjauh
kenapa kau simpan gusar itu pada rembulan yang
semakin pucat kerana sinarnya yang sirna
bukankah telah terkubur semua cintamu
di dalam laut Cina Selatan
yang berolak-alek pasang dan surut
Aduhai malam
biarkanlah rembulanmu berkelana
kemana saja
walau ke selat Sunda
lupakan cahaya pucatnya
yang tidak bermakna
malammu tetap indah
jangan ada gundah...
Saturday 11 June 2011
GELONGSOR HARI
Sapaan pagi bersama butiran embun jernih di ujung daun
gemerlap sinarnya laksana berlian disepuh
bermula pengaturan rencana-rencana
belum tentu terlaksana
pelan-pelan matari menggelongsor
meninggalkan pagi yang tidak lagi berselimut
teguhkan hati agar rancangan-rancangan
terlaksana sebelum hari menggelongsor
menuju horizon
dan kita berlapang dada
justeru redha apa saja takdirNya
gemerlap sinarnya laksana berlian disepuh
bermula pengaturan rencana-rencana
belum tentu terlaksana
pelan-pelan matari menggelongsor
meninggalkan pagi yang tidak lagi berselimut
teguhkan hati agar rancangan-rancangan
terlaksana sebelum hari menggelongsor
menuju horizon
dan kita berlapang dada
justeru redha apa saja takdirNya
RANJAU
Telah diharunginya dengan mati hati
menyisihkan onak durinya
meski kaki luka tertusuk
darah yang mengalir bening
air mata deras menitis
gambaran duka di wajah
kesakitan kesukaran bukan lukisan
yang bisa kau simbah warnanya ke kanvas
hanya memerahi dadamu dan seluruh kota hatimu.
masih jua ranjau itu dikuak
biar semakin ditepis semakin banyak
maka pujuklah hati sambil berkata
ujian Allah jua
redha
namun air mata terus menitis
membawa rasa
hiba
menyisihkan onak durinya
meski kaki luka tertusuk
darah yang mengalir bening
air mata deras menitis
gambaran duka di wajah
kesakitan kesukaran bukan lukisan
yang bisa kau simbah warnanya ke kanvas
hanya memerahi dadamu dan seluruh kota hatimu.
masih jua ranjau itu dikuak
biar semakin ditepis semakin banyak
maka pujuklah hati sambil berkata
ujian Allah jua
redha
namun air mata terus menitis
membawa rasa
hiba
Wednesday 8 June 2011
LINGKARAN DUKA
Terkial-kial melepasinya
namun tidak terdaya menolak kabut mendung gelap
siksa yang teramat melapisi
terkedu tanpa suara hilang suara
sekian lama raungan jiwa menggema
dipersisikan saja dengan menggenggam kesabaran
biarkan dukalara
mengubat sengsara
seolah salju yang memutihi sahara
walau gersang gurunnya
ketara hanya fatamorgana
tidak terdaya lagi
melepasi lingkaran duka yang berlapis-lapis itu
kerana gendalanya yang tidak tertangkis
namun tidak terdaya menolak kabut mendung gelap
siksa yang teramat melapisi
terkedu tanpa suara hilang suara
sekian lama raungan jiwa menggema
dipersisikan saja dengan menggenggam kesabaran
biarkan dukalara
mengubat sengsara
seolah salju yang memutihi sahara
walau gersang gurunnya
ketara hanya fatamorgana
tidak terdaya lagi
melepasi lingkaran duka yang berlapis-lapis itu
kerana gendalanya yang tidak tertangkis
Tuesday 7 June 2011
Mawar di luar jendela
ronanya mempesona merah darah
menggapainya masakan mungkin
walau keinginan melonjak menepu
kerna jendela tidak wenang terbuka.
hanya layak selaku pemerhati
tatkala kaki jejak di kota batu ini
relakan saja mengurung diri
tika di kota batu ini
agar tidak tersesat barat
hilang arah dan melarat
biarkan saja
mawar merah diluar jendela
tanpa menyentuhnya
demi waktu berlalu
kelopaknya pasti gugur satu persatu
menggapainya masakan mungkin
walau keinginan melonjak menepu
kerna jendela tidak wenang terbuka.
hanya layak selaku pemerhati
tatkala kaki jejak di kota batu ini
pic google
relakan saja mengurung diri
tika di kota batu ini
agar tidak tersesat barat
hilang arah dan melarat
pic norita kamarudin
biarkan saja
mawar merah diluar jendela
tanpa menyentuhnya
demi waktu berlalu
kelopaknya pasti gugur satu persatu
Monday 6 June 2011
SENDIRIAN
Gandingannya pasti sunyi sepi
kemurungan menjerat diri
terkurung di dalam situasinya melemaskan
merimaskan
emosi kacau bilau
ayuh lari lepaskan diri
jelmakan dalam ruang kesibukan
dan kegembiraan menyerlahkah?
entahlah...
kadangkala
kesendirian mendamaikan
kesunyian kesepian menenangkan
kemurungan menjerat diri
pic fatimah ismail fatimah
merimaskan
emosi kacau bilau
ayuh lari lepaskan diri
jelmakan dalam ruang kesibukan
dan kegembiraan menyerlahkah?
entahlah...
pic tohid rosdi
kadangkala
kesendirian mendamaikan
kesunyian kesepian menenangkan
Sunday 5 June 2011
Rindu
Rindu betapa rindu hatiku tidak tertahan
sketsa yang terhapus dan terpadam
nota-nota yang kabur tulisannya
sukar amat menyelak naskhahnya
kita segera menyimpulkannya sebagai kenangan
kenangan silam wajar dilupakan
walau mendera perasaan
kadangkala kenangan adalah sejarah
melupakannya mengundang padah
merindukannya siksa parah
sketsa yang terhapus dan terpadam
nota-nota yang kabur tulisannya
sukar amat menyelak naskhahnya
kita segera menyimpulkannya sebagai kenangan
kenangan silam wajar dilupakan
walau mendera perasaan
kadangkala kenangan adalah sejarah
melupakannya mengundang padah
merindukannya siksa parah
Saturday 4 June 2011
demi masa
Demi masa sesungguhnya
hamba-hamba-Ku di dalam kerugian
langkah yang ditinggalkan penuh penyesalan
kecuali mereka yang bertakwa lagi beriman
ingin dikutip kembali mutiara masa yang tercicir
dan mengalungkannya semula ke leher
masakan mungkin melakukannya
justeru laksana air yang lalu derasnya ia mengalir
malang sekali jikalau angkuh berkata
masa itu akan berhenti bersama kesibukan berkarya
yang terhenti cuma kealpaan
pabila kita menoleh ke belakang
lantas tersedar kehampaan lompong yang ditinggalkan
tanpa apa-apa pengisian...
Friday 3 June 2011
perjalanan ini
seiring dengannya apa yang dibawa
ke hulu ke hilir jangan tega menongkah arus
kelak lelah sungguh menguaknya
mencari tanda mula
namun jangan sirna putus asa
kebarangkalian apapun
sukar terduga
cahaya kadang samar di ujung terowong
dan harapan tidak salah terus digantung
INSYAALLAH
ke hulu ke hilir jangan tega menongkah arus
kelak lelah sungguh menguaknya
mencari tanda mula
namun jangan sirna putus asa
kebarangkalian apapun
sukar terduga
cahaya kadang samar di ujung terowong
dan harapan tidak salah terus digantung
INSYAALLAH
Thursday 2 June 2011
suara si kecil
si kecil membola matanya menatap skrin pc jalur lebar
ternganga mulutnya; sayu hatinya
seketika terjeda ralit
apa yang menjentik deria bersih lagi lurus itu?
tapak kecilnya mengatur langkah
mencari wajah mama
kepastiannya mahu diminta.
mama terkapa tatkala si kecil bersuara
tangannya mengusap kasih wajah adik yang menyusu lahap
"abang sayangkan adik
abang tak akan buang adik keatas rumput hingga luka
kesian adik mama...
mama adik tu pasti berdosa
dan masuk api neraka...."
ternganga mulutnya; sayu hatinya
seketika terjeda ralit
apa yang menjentik deria bersih lagi lurus itu?
tapak kecilnya mengatur langkah
mencari wajah mama
kepastiannya mahu diminta.
mama terkapa tatkala si kecil bersuara
tangannya mengusap kasih wajah adik yang menyusu lahap
"abang sayangkan adik
abang tak akan buang adik keatas rumput hingga luka
kesian adik mama...
mama adik tu pasti berdosa
dan masuk api neraka...."
Subscribe to:
Posts (Atom)
MyBloglist
-
-
Jom Berkenalan dengan Hidangan Tradisional Bosnia : Hercegovački Mješanac - Bismillahirrahmanirahim. Ketika melihat jam, sudah pukul 3:26 petang. Patutlah rasa lapar yang teramat sangat. Kelibat Kamsah dan Nancy memang tidak keli...28 minutes ago
-
WW 560 : Tuaian Lepas Raya - Salam bertani Kutipan telur ayam kampung Buah betik dan durian belanda Bunga kantan merah Pisang nangka Nangkadak raya Kelapa mataq Nangka ma...14 hours ago
-
Apa Itu Endometriosis? - Endometriosis merupakan satu keadaan perubatan yang seringkali tidak dikenal pasti dan mempengaruhi kira-kira 10% wanita yang berada dalam usia reproduk...14 hours ago
-
Puding kastad mangga - Nih menu buka puasa yang lalu, baru nih nak terbitkan di sini. Lama juga kak ana tak update blog dah 15 Syawal 1445H dah hari ni. Rasanya dari pertengahan...22 hours ago
-
9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang - Assalamualaikum. Abam Kie sudah menjadi cikgu selama 27 tahun. Dalam tempoh ini sudah banyak pengalaman mengajar dengan pelbagai tahap intelek murid-m...1 day ago
-
BUNGA JANDA KAYA MAK MENTUA - Assalamualaikum semua, * Silap info la kengkawan, bukan janda baik tapi JANDA KAYA hahhahaha bergambar jugak sebelum balik aritu1 day ago
-
Hantar orang pergi rombongan - Kisah di bulan Januari...hantar kakak gi rombongan ke Kelantan & Terengganuikut makcik, rombongan ex-staff Telekom Tunggu bas depan Wisma JUPEM di Jalan S...3 days ago
-
MULUT MEMANG KENA JAGA - *MULUT MEMANG KENA JAGA | *Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. BETULLAH. Bila keluar daripada rumah ke tempat ...4 days ago
-
Cerita Raya 2024 - Assalamualaikum wbt semua. Salam 10 Syawal. Sorry aku lambat update. Sekarang masih lagi Bulan Syawal, so aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitr...5 days ago
-
Oh Baju Melayu - Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua. Maaf Zahir dan batin. Bak kata senario, Selagi syawal masih a...6 days ago
-
Kemeriahan menyambut syawal buat keluarga besar kami - Assalamualaikum, Alhamdulillah syukur pada tahun ini dapat berkumpul beramai-ramai seperti tahun sebelum ini. Satu Syawal kami semua adik beradik ak...6 days ago
-
Google Adsense: Penambahan Hasil Dalam Kejatuhan Ringgit - Assalamualaikum. Google Adsense sememangnya sudah tidak asing lagi sebagai salah satu platform menjana pendapatan bagi pemain dan penggiat digital. Platf...1 week ago
-
SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M - Assalamualaikum semua😍❤️ Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog k...1 week ago
-
-
Ramadan Buffet Preview Hikayat 1001 Rasa - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Ramadan Buffet Preview Hikayat 1001 Rasa.* Kisah campak belakang 27 Februari yang ...2 weeks ago
-
Pintu Kayu Durian - Assalamualikum Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita Tidak seperti di Indonesia Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...3 weeks ago
-
Kari Terung Hijau Paling Simple dan Cepat cara Cheq - Salam Ramadhan semua! 🙋🏻♀️✨ Biasanya lauk apa yang hangpa suka masak untuk buat lauk sahur? Cheq selalunya akan pilih jenis masakan yang mudah, cepat ...3 weeks ago
-
Tempat Pertama Pertandingan...2023 - *Assalamualaikum & Salam Sejahtera...* Apa Khabar Semua...Masih Ada Yang Ingat Saya Tak...Dah Lama Tak Update Cerita... Di Bawah Adalah Gambar Lama......3 weeks ago
-
Alhamdulillah Berkat Bulan Ramadan - Asalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersua kembali dalam wall penulisan blog ini. Semoga semua teman maya baik blogger atau pembaca, walau di mana berada...3 weeks ago
-
Koleksi Ekslusif Kurta Raya Saiz Besar 2024 Keluaran BOBROCK Clothing (BRC) - Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan *Men’s Plu...4 weeks ago
-
Hukum Mencabut Gigi di Siang Hari Bulan Ramadan - Sebenarnya banyak kali juga dengar ceramah pasal cabut gigi ni tentang cabut gigi di siang hari ketika berpuasa Ramadan. Tapi tetap juga timbul pertan...4 weeks ago
-
Ramadan ke 11 baru muncul entry ini - Assalamualaikum dan hai semua! Haih, begitu lama tak update blog. Sebelum nampak anak bulan Ramadan sampai masuk fasa ke-2. Hahaha. Apakan daya, sis busy...4 weeks ago
-
Ramadhan Kareem 1446H - بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمSalam Ramadhan untuk semua. Allhamdulillah tup tap tup tap dah masuk Ramdhan yang ke 5. Cepat sungguh masa berlalu. ...5 weeks ago
-
Recap for reading 2024 - 1. She and her cat 2. A robot in the garden 3. You've reached Sam 4. Haley and Bix: Best friend no matter what1 month ago
-
Hukum makan pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan - *Soalan:* Bolehkah saya mengambil pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan sepanjang bulan Ramadan? Mohon pencerahan. *Jawapan: * Hukum bagi wani...1 month ago
-
Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️ - *ATIEZIEYAGALLERY 'S INSTAGRAM*2 months ago
-
Kalau sudah tertulis milik kita, tiada siapa mampu halang,Allah akan permudahkan - Assalamualaikum Di dalam labirin kehidupan yang kompleks dan penuh cabaran, sering kali jiwa kita merayap dalam ketidakpastian dan kegelapan. Namun, ...3 months ago
-
Doa Mendapat Anak Soleh Solehah Hafaz Al-Quran Dan Selawat Mudah Bersalin - Assalamualaikum wbt, Impian semua ibu bapa di dunia ini yang berimpikan mempunyai anak-anak yang soleh solehah serta menjadi penghafaz Al-Quran. Tulisan ka...3 months ago
-
Kedai Komputer Terbaik di Petaling Jaya - Adakah anda sedang mencari kedai komputer yang terbaik di Petaling Jaya? Sebaiknya anda mencari *kedai komputer* yang boleh dipercayai untuk *membaiki k...4 months ago
-
Cepatnya Masa Berlalu - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz...Harap semuanya dalam keadaan sihat..Tak berasa hampir 4 bulan tak update blog.. heheTerla...5 months ago
-
#JMBELOG: SUMBER - Portal Semakan *TriviaMY - Portal Kerjaya dan Info Bantuan Kerajaan* *JAWATAN KERJA - Semua maklumat tentang kerjaya* *Blog Rojak - Portal Informasi Mal...6 months ago
-
Akhirnya Kalah Dan Mengalah... - Beginilah...di usia meniti senja... pergerakkannya makin kerap terganggu. Ada saja sebabnya untuk mengalah dan rebah... Seperti yang pernah mak catat di bl...7 months ago
-
W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...8 months ago
-
Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...9 months ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...9 months ago
-
NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...1 year ago
-
PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA DI ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON - Assalamualaikum and Hi! Untuk entry yang lepas, aku dah tulis tentang buffet Ramadan di AnCasa Residences kan? So, untuk entry ini aku akan tulis ten...1 year ago
-
Perubahan dunia blogging? - Salam. Sudah lebih kurang setengah bulan saya balik ke dunia blogging ni; blogwalking setiap hari sehingga post pertama Tahun Baru 2023 tiga hari lalu. ...1 year ago
-
-
Masih ada yang ingat siapa penulis blog Jari Manis Travel tak? - Assalamualaikum semua sahabat alam maya 💖 View dalam flight dalam perjalanan balik kampung on Nov 2022 - Tengok Air Asia ingat JM okey hehe Ya Allah!...1 year ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...2 years ago
-
Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...2 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...3 years ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...3 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...3 years ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...3 years ago
-
Bukit Intan, Trolak Timur, Perak - Bukit Intan, Trolak Timur. Mendaki : 45 minit. Kesusahan pendakian : Easy hiking. Trek : Bersimpang siur tetapi telah ditanda dengan jelas oleh tali berwar...3 years ago
-
JANGAN BERSEDIH - SAYA SEDIH SIS, FAMILY SENDIRI PUN TAK SUPPORT BISNES SAYA 🥺 . Jangan bersedih bila apa yang kita buat tak mendapat sokongan orang terdekat seperti Pasa...3 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...3 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...3 years ago
-
-
BubbleBee Bangi - Assalamualaikum, salam bahgia semua yang mengenali Bunda.Kita masih dalam PKPP So jagalah SOP. Biasakan dengan amalan norma baharu. Sepanjang PKP lep...3 years ago
-
PICKUP KL/SELANGOR MURAH - Hi Assalamualaikum Guys. Apa khabaq semua. Biasalah kan dah start nak kerja ka apa ni macam-macam ujiannya. Dah nak dekat sebulan juga tak update blog ni. ...3 years ago
-
Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...4 years ago
-
Sepi. Sedih. Kehilangan - Assalamualaikum. Lama menyepi. Ada sebab. Kurang mood. Isnin lepas (28.10.19) tengah sarapan pagi, dapat panggilan telefon dari sepupu di Tawau. Dia maklum...4 years ago
-
Bina Homestay Chalet Kontena - Sudah agak lama I memasang impian dan cita-cita untuk nak *bina Homestay atau Chalet Kontena* ni... memandangkan I ada sekangkang kera tanah yang diberi ...5 years ago
-
Percutian Di Swiss Garden Beach Resort - Swiss Garden Beach Resort Kuantan terletak di Pantai Beserah, lebih kurang 15 km dari pusat bandar Kuantan. Sesuai amat untuk membawa anak-anak kecil b...5 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...5 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...5 years ago
-
mencuba untuk kembali - ASSALAMUALAIKUM PINJAM 3MINIT UTK BACA NI 1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah ...5 years ago
-
Review Filem Pulang - Assalamualaikum. Sejujurnya, selepas tengok trailer filem PULANG, memang rasa nak tengok filem ini sepenuhnya. Nampak best dan pastinya tak sama seperti ...5 years ago
-
Meniti Suratan - *Terciptanya wanita dimuka bumi ini bukan untuk disakiti fizikal atau hatinya. Ia diutuskan untuk saling melengkapi, saling menyempurnakan dan saling memb...6 years ago
-
Booth di Subang Parade - Assalamualaikum kawan2 semua. Nak cerita pengalaman 2 hari berniaga di Subang Parade. Sabtu dan Ahad lepas saya dan anak menjual tudung di shopping komplex ...6 years ago
-
Tahun 2017 Yang Tragis - *Tahun 2017 Yang Tragis* | Alhamdulillah , masih dipanjangkan usia untuk menikmati tahun 2018 . Tahun ong kata orang cina . Maka ramailah orang cina yang ...6 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...6 years ago
-
Tip Dan Amalan Meninggalkan Rumah Kosong - Assalamualaikum semua.. cuti hari raya aidilfitri akan disambut tidak lama lagi maka pasti ramai yang akan balik kampung lalu meninggalkan rumah kosong dal...6 years ago
-
Ahlan wa sahlan ya ramadhan 1438H - Akhirnya terkulai dan bisu tanpa titisan walau sepatah perkataan. Ampun dan maaf dariku selaku tuan empunya blog TITISAN NURANI. Terlalu banyak rentetan y...6 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...7 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...8 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...8 years ago