Friday 24 February 2017

BERBALAS PANTUN

ASSALAMUALAIKUM...

Image may contain: text

GRAFIK SIFU TABIR ALAM...


Melejang akal tuil fikiran,
catatan kalam mengolah koran;
panjang sejengkal  kail berjoran,
lautan dalam manalah sampai.

Jawapan pantun 2

Intan pualam jaga di peti,
diambil bekal   air zam zam;
lautan dalam diduga mesti,
kail sejengkal  salir iltizam.



Terkenang  manggis  larat di hutan,
harum bunganya  disimpul  pejam;
benang menangis sirat jahitan,
jarumnya  tumpul  gunting tak tajam.

Jawapan pantun 2

Sejuk di Genting  tanah yang tinggi,
balam  bergaya  terbang merata;
rajuk gunting busana tak jadi,
di malam raya bersengkang mata.

8 comments:

  1. Ala nak balas pantun juga tapi tak pandai haha.
    Sedap ja baca pantun akak ni.

    ReplyDelete
  2. TKSH SYED MINAT JUGA BERPANTUN YA..

    ReplyDelete
  3. kalau tibanya musim padi
    pakai celana turun menghempas
    kalau sudahnya busana tak jadi
    pakai sahaja yang tahun lepas

    ReplyDelete
  4. tak pandai pulak nak membalasnya...
    Kesian pulak kalau tak ada baju baru di pagi raya :(

    ReplyDelete
  5. nak berbalas jugak tapi tak sekreatif kak PI^^

    ReplyDelete
  6. Adui, tak pandai nak balas.
    pantunnya high class ni.

    ReplyDelete
  7. alamak...xreti laa nk balas balik ;-)

    ReplyDelete
  8. Pantun ni mmg ada santan, ada lemaknya.. tak mampu nak membalas hehee :)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist