Sunday 13 November 2016

MINYAK ADA NAIK ABANG!

ASSALAMUALAIKUM...

Aku bersimpati pada para peniaga yang menggunakan minyak masak sebagai bahan utama mereka. Minyak masak botol besar (nasib baik tak cakap minyak dalam paket) kat Nilai ini khabarnya dah seminggu tidak dapat bekalan, nak tak nak mereka terpaksa mengguna minyak botol kecil untuk terus berniaga.
Tapi aku tak simpati langsung malah menjadi benci kepada peniaga yang tiada menggunakan langsung minyak masak sebagai bahan utama tetapi mengambil kesempatan menaikkan harga perniagaan mereka.
Contohnya si tukang gunting rambut. Dari RM12 kini naik RM15 harga cukur kepala dan misai serta janggut. Alasan yang diberi, "minyak ada naiklah abg."
MAHU JUGA AKU EMPUK DENGAN PELAPIK KAYU KERUSI YANG AKU DUDUK TADI.

Coretan Sazaalee Sulaiman


pic google images

10 comments:

  1. hehe... minyak naik, gunting rambut pun naik juga la yer... haduiii..... memang ambil kesempatan.... nak naik cepat jer.... turun tak pasti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..ntahlah shiela pntg ada sbb peniaga mesti nak ambil ksmptn kaut untung

      Delete
  2. Minyak ada naik.. auta pun mesti kasi naik hehee :D :D

    ReplyDelete
  3. Mungkin sebab kos hidupnya bertambah,
    jadi upah perkhidmatan juga bertambah.

    ReplyDelete
  4. hahaa.. minyak ada naik, jangan sampai org naik minyak.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Kedai gunting rambut terang terangan tiada kaitan dengan minyak masak..ni yang cepat buat naik minyak bila dijawap begitu,kak PI

    ReplyDelete
  6. bertabahlah semua. kesan kenaikan semua orang rasai. cuma sekarang kena usahakan tambah pendapatan jugalah

    ReplyDelete
  7. Hanya kat malaysia... yg xde kaitan myk ikut sibuk nk naikkk jugekkk

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist