Tuesday 19 January 2016

LEPAT CENDOL...

ASSALAMUALAIKUM...

SEDAP KAN KALAU DAPAT MINUM CENDOL DALAM CUACA PANAS BAWAAN EL NINO KINI...CENDOL DIBUAT AGAK BANYAK DAN JEMU DIHIRUP MELEGAKAN DAHAGA BOLEH JUGA DIJADIKAN LEPAT...GANDINGAN CENDOL YANG HIJAU DI DALAM ADUNAN TEPUNG YANG PUTIH MENYERLAH SEKALI SERINYA....ELOK SEDIAKAN UNTUK HIDANGAN MINUM PETANG DAN BOLEH DISIMPAN DALAM PETI SEJUK UNTUK SARAPAN ESOK PAGI PULA...

LEPAT CENDOL

Bahan-bahan ( 30 - 40 kpg )

400 g cendol - dicuci dan ditapis
1 cawan tepung jagung
1 sb tepung Hoen Kwee
1 cawan gula pasir
1,700 ml santan - drpd 2 biji kelapa (saya guna 500ml santan Kara+1,200ml air)=10 cwn
2 helai daun pandan - disimpul
daun pisang utk membungkus - dipotong dan disalai

Cara-cara

Satukan tepung2, gula, garam, santan dan daun pandan di dlm periuk dan kacau rata. Masak atas api yg sederhana panasnya hingga pekat dan licin.

Setelah itu masukkan cendol dan masak lagi hingga rata.Matikan api dan keluarkan daun pandan.

Ambil 3 sb adunan dan bungkus dlm daun pisang yg disediakan tadi.Buat hingga habis. sejukkan pd suhu bilik dahulu.

Masukkan dlm peti sejuk sebelum dihidangkan.

Adunan ini juga boleh dibubuh dlm mangkuk2 plastik yg kecil.
selamat mencuba....




34 comments:

  1. Terbayang2 sendiri saya rupa lepat cendol ni kak PI..
    tentu sedapkan..
    Macam nak mencari juga ni..
    Cer letak gambar lepat cendul tu kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik xnampak ke gambarnya yati..kak copy paste jer kdg mmg jadi gitu...tq hayati.

      Delete
  2. Aii lepat cendol petang-petang ni PI, tak dan buka daun pisang tu dah abis dah hehe.. good idea buh cendol tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah BP membalut lepat cendol pula sedap ni...tq

      Delete
  3. sedapnya..makan diwaktu petang2 begini..

    ReplyDelete
  4. saya tak pernah makan ni kak..nampak sedap..lagi2 saya memnag penggemar cendol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela diana lbihan cendol boleh dibuat lepat juga...tq

      Delete
  5. Sedapnya...wangi daun pandan dan daun pisang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm daun pandan mewangikan lepat bungkus pula dgn daun pisang tmbh harumnya...tq PC

      Delete
  6. Sedapnyer kak...macam tepung bungkus pun ada...KN memang suka makan kuih2 tradisi camni..lemak manisnyer cukup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEDAPNI BUNDA..SEAKAN TEPUNG BNUGKUS TAPI BERISI CENDOL...TQ

      Delete
  7. aduh mak, sedapnya...ingin merasakannya... T,T

    ReplyDelete
    Replies
    1. HMM SEDAP NI WAN SILAKAN MERASANYA HEH..HEH..TQ

      Delete
  8. Mrs. A suka cendol, tapi tak pernah makan lepat cendol.

    ReplyDelete
  9. Saya memang suka cendol. Kalau makan masa hari tengah panas macam ni memang bestnya alahai. Kuih lepat pun saya suka sangat. Tapi inilah pertama kali saya lihat rupa lepat cendol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CENDOL SEDAP LEPAT CENDOL PUN SEDAP MD..HIJAU CENDOL DLM ADUNAN TEPONG LEMAK MANIS SEDAP TU...TQ

      Delete
  10. First time tahu kewujudan lepat cendol nie ^-^

    ReplyDelete
  11. YEKE...CUBA ZUMAL SEDAP TU...TQ

    ReplyDelete
  12. etuza memang suka makan kuih ni..lembut dan sedap...

    ReplyDelete
  13. Wah menarik. Belum pernah rasa lagi. :)

    ReplyDelete
  14. tertarik dgn piring tu . set piring tu kat umah ni dah habis . Hanya tinggal satu piring tanpa cawan jer ... huhuhuuu ... tgk sedap tapi x rajin nak membuatnya PI

    ReplyDelete
  15. Sedap ni makan memalam mcm ni sambil blogwalking hihii... :)

    ReplyDelete
  16. Very interesting post you have shared. I really liked this post. Thanks for sharing the nice post with us.
    All India Board Result 2018

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist