Sunday 26 April 2015

SUJUD SAJADAH.

ASSALAMUALAIKUM.

SUJUD SAJADAH

Bacaan doa yang sunat dibaca ketika sujud ialah:

Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannyadanmenciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-NyaMaha memberkati Allah, sebaik-baikPencipta."

Cara melakukan sujud sajadah di dalam solat ialah terus bersujud (tanpa niatdan tanpa mengangkat tangan)sebaik sahaja selepas membaca ayat sajadahkemudian membaca doa sujud sajadah di dalam sujudlalukembali berdiri dan meneruskan bacaan selanjutnyaSekiranya bacaan surah itu telahpun tamat (ayat sajadah dipengakhir surah), apabila bangun dari sujud sajadah maka teruslah rukuk selepas berdiri sebentar .

Adalah sunat bertakbir "Allah-Akbar" sebelum turun dari qiam untuk melakukan sujud sajadahDisunatkan jugaagar bertakbir apabila naik dari sujudAdalah tidak perlu mengangkat tangan ketika naik dari sujud.

Di dalam solat berjemaahmakmum wajib mengikuti imam sama ada imam itu melakukan sujud sajadah ataupuntidakBercanggah dari mengikuti imam akan menyebabkan solat makmum itu batalAkan tetapiadalah sunathukumnya bagi makmum melakukan sujud tilawah selepas selesai salam dengan syarat jarak di antara sujud dansalam itu tidak lama.

Bagi sembahyang yang dibaca dengan suara perlahanumpamanya solat Zuhursujud tilawah itu sunat dibuatoleh imam setelah dia selesai menunaikan sembahyang supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalanganmakmum.

Rukun sujud sajadah di luar solat ialah:
1. Niat - iaitu "Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah Ta'ala"
2. Takbiratul-ihram
3. Sujud
4. Salam.

Sujud sajadah di luar solat adalah disunatkan kepada pembaca dan juga pendengar bacaan ayat sajadahdansujud si pendengar itu tidak tergantung sama ada pembaca (qariitu turut sujud atau tidak.

Syarat sah sujud sajadah di luar solat adalah sama seperti syarat solat (suci dari hadas besar dan kecil,mengadap kiblatmenutup auratdan sebagainya), dan tidak berjangka waktu yang lama antara bacaan ayatsajadah dan perbuatan sujud.

Sekiranya seseorang itu mendengar bacaan ayat sajadah dan tidak berupaya untuk sujud sajadah (umpamanyasedang memandu), maka bolehlah ditangguhkan sujud sajadah itu hingga ketika dia bolehasalkan tidakterlampau lama masa yang terluput di antaranya.

Tidak perlu berwuduk untuk sujud sajadah ketika di luar solatnamun berwuduk itu adalah lebih afdal

MASJID WILAYAHPERSEKUTUAN..

16 comments:

  1. Ibadah yg paling mudah dilakukan tapi selalu terpinggir inilah dia.
    Indah dan terasa tenang andai sudah selalu diamalkan

    ps: kakak dtg nak baca novel siri tapi hampa tak adalah pulak
    Tak apa kakak tunggu mungkin selepas ini:)

    ReplyDelete
  2. BENAR TUIBADAT MUDAH MENAMBAH PAHALA...

    KAK LAMBAT SAMPAI KE RUMAH MLM TADI TU YG XSEMPAT UPDATENOVEL TU. TUNGGU THARI SIKIT YA KAKZAKIE...TQ SERING IKUTINYA.

    ReplyDelete
  3. salam kak..
    TQ atas perkongsian.. insyaAllah sangat bermanfaat..:)

    ReplyDelete
  4. WSALAM ATIE..INSYA ALLAH BERKONGSI SEDIKIT ILMU KEHIDUPAN...TQ ATIE.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kongsi ilmu semoga selalu dipraktikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..amalan mudah ni kena dipraktikn tq zaitun.

      Delete
  6. Terima kasih kongsi ilmu semoga selalu dipraktikan.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian...
    Salam Isnin Kak Paridah :)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kak atas perkongsian yang baik ini.

    ReplyDelete
  9. ilmu gini xsusah diamalkn tapi besar pahalanya....tq aizamia.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist