Sunday 14 December 2014

GULAI TELOR ITIK.

ASSALAMUALAIKUM....

DI AWAL PAGI SUKANYA MENGUTIP TELOR ITIK DI REBAN KECIL MILIK TOK. JUMLAH ITIKNYA BERPULUH JUGA. ADA YANG JANTAN ADA BETINA. BERTERABUR TELOR ITIK DISERATA REBAN.

MUDAH MEMBELA ITIK DI KAWASAN BENDANG KERANA ITIK BOLEH BERENANG-RENANG DI BENDANG SAMBIL MENCARI ANAK-ANAK IKAN DISAMPING DIBERI MAKAN PADI DAN SISA-SISA MAKANAN RUMAH.

TELOR ITIK TERSEBUT AKAN DIJUAL KEPADA PERAIHNYA YANG MASUK MEMBELINYA SETIAP HARI.

KADANGKALA DIJADIKAN GULAI KURMA ATAU LAIN-LAIN MASAKAN MENGGUNAKAN TELOR ITIK UNTUK HIDANGAN KELUARGA. BOLEH JUGA DIBUAT KUIH SEPERTI BAUHULU.

DISINI PI KONSIKAN RESEPI GULAI TELOR ITIK YANG ENAK SEKALI KALAU DICUBA.

GULAI TELUR ITIK 

5 biji telur itik
2 helai daun kunyit ( dimayang)
15 biji belimbing buluh ( belah dua)
3 inci kunyit hidup ( ditumbuk)
10 biji cili api ( ditumbuk)
1 sudu serbuk perencah maggi cukup rasa/
Kiub ayam pun boleh.
2 gelas air
1 mangkuk santan pekat

CARA2NYA

1. masukan 2 gelas air dalam kuali sederhana panas
2. Masukan bahan2 cili api dan kunyit yg telah ditumbuk tadi. Biarkan sehingga menggelegak kemudian masukan perencah maggi cukup rasa/ kiub ayam.
3. Pecahkan telur satu persatu tanpa mengacau ( risau telur pecah)
4. Tutup kuali sehingga telur betul2 masak.
5. Masukan daun kunyit dan belimbing buluh dan kacau sehingga sebati dengan perlahan- lahan.
6. Masukan santan dan garam secukup rasa tunggu sehingga kuah mendidih. Padam api dan sedia untuk dihidang.




LIKE PAGE PETUA N RESEPI FB.

28 comments:

  1. Blogger Paridah "Wow!!!"..muahhh!!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya gulai telur itik, saya suka

    ReplyDelete
  3. setelah melihat gambarnya saya baru ngeh kalau gulai telor itiknya jadi paham dan pernah juga ibue masak gulai telor itik ini, rasanya lezat banget deh, di tambah kerupuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan dgn keropok sedap ya...boleh cuba ni...tq chilembu thea.

      Delete
  4. Sedapnya...mkn dgn nasi panas, best..

    ReplyDelete
  5. Terasa lapar bila tengok gulai ini, sangat sedap.

    ReplyDelete
  6. saya klu masak telur itik mesti berderai ... mungkin air terlalu byk kot ...

    ReplyDelete
  7. YEKE...ada petuanya tu rasanya airnya xboleh terlalu panas kot...q QV.

    ReplyDelete
  8. sedapnya...kena pulak kalau ada nasi panas..nyum2

    ReplyDelete
  9. saya suka makan telur itik dan suka makan itik tapi keluarga dan kengkawan tak berapa gemar nak makan... tekak takleh terima katanya... hishhhhh... rugi rugi

    ReplyDelete
    Replies
    1. MRK TU ALAH DGN TELOR N ITEK TU...TQ NAJIB

      Delete
  10. one of my family feveret kak, mmg best giler . satu lagi TQ ke blog KA even dah lama x menjenguk ke sini yer ..

    ReplyDelete
  11. YEKE..KAK SENTIASA INGATKAN KA..KALAU HILANG DITANYA DICARI...TQ KA

    ReplyDelete
  12. My Fevret! memang ngam masak lemak cili padi dengan belimbing buluh tu...

    ReplyDelete
  13. YA Belimbing buluh buat gulai telor lbh mnyelerakan...tq sweetie.

    ReplyDelete
  14. seingat sy, sy cuma penah jamah sekali je... tu pun sbb ada org beritahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. telor itik mudah kedapatan sebelah utara anies...tq

      Delete
  15. gulai telur ITIK...sedap tu...susah nk cari telur itik di tempat JM nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...la ni telor itik dh mhl n susah pula nk dptknnya JM TQ

      Delete
  16. Feberet saya nih! Mujurlah dah lepas makan baru singgah kat sini...kalau tak, meleleh...

    ReplyDelete
  17. Heh..heh..lain kali boleh msk gini pula TQ BM.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist