بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

MUSIM RAYA HAJI NI MEMANG BANYAK DAGING KURBAN YANG DISIMPAN DALAM PETI AIS JADI BOLEH DIGUNAKAN MENGIKUT KEPERLUANNYA SEPERTI MEMASAK NASI GORENG ATAU LAIN-LAIN MASAKAN. TAPI KALAU MENGADAP DAGING SETIAP HARI JEMU JUGA. BOLEHLAH TUKAR SELERA DENGAN RESEPI NASI GORENG BERSOTONG PULA...SEDAP NI...RESEPI DIKONGSI DARIPADA LIKE PAGE MASAKAN ANEKA NASI GORENG SEDAP...TERIMA KASIH.


NASI GORENG SOTONG

Bahan-bahan:

4 cawan nasi
500 gm sotong saiz kecil
2 biji telur
2 biji cili merah
3 biji cili api
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit belacan
sedikit udang kering
1 sudu kecil serbuk cukup rasa
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
secubit garam

Cara-cara:

1. Kisar kasar cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong hingga airnya kering.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Pecahkan telur dan kacau sebati.
4. Tambahkan dengan sos tiram, kicap masin, serbuk cukup rasa dan garam. Kacau sebati.
5. Masukkan nasi diikuti dengan sotong. Gaul hingga nasi dan sotong mesra dengan bahan-bahan kisar yang ditumis tadi dan bahan-bahan lain.
6. Kalau suka boleh tambah sayuran sebab saya memang tiada stok sayuran di rumah jadi masak apa yang ada sahaja. 



Photo: NASI GORENG SOTONG

Bahan-bahan:

4 cawan nasi
500 gm sotong saiz kecil
2 biji telur
2 biji cili merah
3 biji cili api
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit belacan
sedikit udang kering
1 sudu kecil serbuk cukup rasa
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
secubit garam

Cara-cara:

1. Kisar kasar cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong hingga airnya kering.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Pecahkan telur dan kacau sebati.
4. Tambahkan dengan sos tiram, kicap masin, serbuk cukup rasa dan garam. Kacau sebati.
5. Masukkan nasi diikuti dengan sotong. Gaul hingga nasi dan sotong mesra dengan bahan-bahan kisar yang ditumis tadi dan bahan-bahan lain.
6. Kalau suka boleh tambah sayuran sebab saya memang tiada stok sayuran di rumah jadi masak apa yang ada sahaja. :)

26 comments - "NASI GORENG SOTONG."

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 7 October 2014 at 17:01

Sedapnya... Buatkan zumal satu yer. Hehe ^_^

nohas delete icon 7 October 2014 at 17:39

Nampak sedap...baru lepas makan nasi goreng tomyam, takde sotong..

Sweetie delete icon 7 October 2014 at 17:57

Kalau sotong tu ada telur lagi sedap! lemak-lemak je rasanya.

Qaseh Vee delete icon 7 October 2014 at 21:01

sotongnya yg nampak mengiurkan itu ... bila ada udang kering , mmg ada kelainan pada rasanya .

Gee Lion delete icon 7 October 2014 at 23:22

Ish, nasib baik dah kenyang.
Hehehe :p

Kang Ucup delete icon 8 October 2014 at 00:43

langsung saya catat resep nasi goreng sotongnya, buat dipraktekan untuk sarapan besok pagi :)

babYpose delete icon 8 October 2014 at 09:14

bila tak selera terpaksa makan sotong atau udang baru selera :) sedapnya nampak PI.

Kakzakie delete icon 8 October 2014 at 10:38

Kalau PI nak tahu family kakak dgn nasi goreng tak boleh dipisahkan. Nasi goreng yg biasa-biasa pun kami suka apalagi kalau dpt yg macam ini mahu tak cukup sepinggan:)

Mbak Susi delete icon 8 October 2014 at 10:42

Sampai meneteskan air liur melihat sedapnya nasi goreng itu ya kak :)

Bin Muhammad delete icon 8 October 2014 at 10:51

Tengah lapar ni...terus bertambah lapar dibuatnya... huhu
Mau juga keluar awal nih!

Khai♥Rin : anies delete icon 8 October 2014 at 12:55

waduhhhhh da la sy tgh lapo ni

Diana Rashid delete icon 8 October 2014 at 17:04

saya pun buat nasik goreng sotong semalam..tapi tak bubuh kicap dan sos tiram sebab saya tak makan kicap..heheh

paridah delete icon 8 October 2014 at 21:28

WAH SEDAP TU DIANA...TQ

paridah delete icon 8 October 2014 at 21:29

LAPO KENA RAJIN GORENG NASI ANIES...TQ

paridah delete icon 8 October 2014 at 21:31

JGN BERLAPAR ISI PERUT KENYANG2 YER...TQ BM.

paridah delete icon 8 October 2014 at 21:32

HEH..HEH...SEDAP NI MBAK SUSI...TQ

paridah delete icon 8 October 2014 at 21:34

YEKE...NASI GORENG NI MAKAN RAMAI2 SEKEJAP JER BS SEKUALI...TQ KAKZAKIE.

paridah delete icon 8 October 2014 at 21:36

YELAH BABYPOSE..SOTONG N UDANG NI PEMBUKA SELERA...TQ

paridah delete icon 8 October 2014 at 21:38

YEKE...RESEPINYA ELOK DICATAT AGAR XLUPA...TQ KANG UCUP.

paridah delete icon 8 October 2014 at 21:39

KALAU LAPAR TENTU DHH MULA MENGGORENG NASI KAN GEE...TQ

paridah delete icon 8 October 2014 at 21:44

BETUL TU QV BILA ADA UDANG KERING BERBEZA RASA LAZATNYA...TQ

paridah delete icon 8 October 2014 at 21:45

BERTAMBAH-TAMBAH SEDAPNYA NASI GORENG TU...TQ SWEETIE.

paridah delete icon 8 October 2014 at 21:47

LAIN KALI MKN NASI GORENG SOTONG PULA...TQ NOHAS

paridah delete icon 8 October 2014 at 21:49

SIAP...SILAKAN ZUMAL...HEH..HHEH..TQ

Zulham Efendi delete icon 26 December 2016 at 21:01

mantab menu kulinernya

Muhd Fateh delete icon 18 September 2017 at 08:08

▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?

▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”