بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

KUIH-KUIH TALAM BERJENIS-JENIS BANYAKNYA. NAMUN CARA MASAKNYA SAMA IAITU GUNAKAN TALAM DAN KUKUSAN.
Photo: KELAS MASAKAN 25 JENIS ANEKA TALAM. 
-->>JOM BUAT DUIT DENGAN PROJEK MENALAM DARI DAPUR ANDA!!

Modul : The Talams Project 2014

Lokasi : Projek Masak D Dapur Enterprise (Jalan Kubang Buaya, KUANTAN)

Yuran: RM200.00 sahaja 

Tarikh:
 19 APRIL 2014 (SABTU ) 20 APRIL 2014 (AHAD)
          
*Sila pilih satu tarikh sahaja yg sesuai dgn anda.

Waktu: 9.00 pagi hingga 6.00 petang (sampai tamat)

*Kepada yang berminat nak join menalam bersama team kami, anda mesti membuat BAYARAN PENUH untuk booking tempat.

*Tempat akan diberi keutamaan kepada peserta yg membuat bayaran awal.

----------------------------------------------
APAKAH NILAI HEBAT MENANTI ANDA DALAM PROJEK MENALAM INI?
----------------------------------------------

1. Belajar secara praktikal 10 jenis talam versi klasik dan moden.

TALAM KLASIK => Serimuka Pandan, Talam Keladi, Talam Ubikayu, Talam Suji dan Koleh Kacang.

TALAM MODEN (EXCLUSIVE 3 LAYER)
=> Talam Carribean, Talam Diplomat, Talam Sri Sarawak, Talam Mak Dara dan Talam Roti Butterscotch

Pelbagai teknik & tips juga kaedah menalam yg betul diajar satu persatu.

2. PERCUMA 15 JENIS RESEPI ANEKA TALAM YANG LAIN TERMASUKLAH Talam ABC, Talam Sri Mutiara, Talam Peanut Butter, Serimuka Dagang, Serimuka delima, Lapis Merah, Talam Permata, Kosui Nyonya, Talam Gula Merah, Talam Tokyo, Talam Pancawarna, Talam Suji Durian, Talam Jagung, Talam Cendol dan Talam Puding Marble.

*Sila klik sini untuk lihat aksi peserta sepanjang kelas berlangsung=>http://on.fb.me/1hZ9ab0

JIKA ANDA SERIUS BERMINAT UTK TEROKAI & KUASAI DUNIA TALAMS BERSAMA TEAM PROJEK MASAK DI DAPUR:

1. SILA LIKE DAN KOMEN "SAYA NAK JOIN"

2. TERUS SMS ATAU WHATSAPP IBU AZZAH DI TALIAN 019 954 1555. 

CEPAT BUAT TINDAKAN SEBAB TEMPAT SANGAT TERHAD.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

KUIH TALAM PESEN BARU NI BEGITU BERWARNA-WARNI DAN RASANYA PASTI ENAK JUGA.
Photo: Ini hasil tangan peserta Road Tour di Terengganu baru2 ini. Beliau sudah berjaya menguasai teknik bagaimana menghasilkan talam yg cantik walaupun baru belajar menalam.

:Jika anda pun teringin nak pandai seperti beliau, berikut jadual kelas yg diadakan di Kuantan.

9 April (Rabu) - masih boleh walk in.
12 April (Sabtu) - sudah penuh
13 April (Ahad) - Ada lagi 5 tempat

Jika nak join, sila sms nama penuh, alamat lengkap dan tarikh pilihan menalam ke no ibu azzah 0199541555
DULU-DULU KUIH TALAM YANG KEDAPATAN CUMA KUIH TALAM PANDAN, LOMPANG, QASIDAH DAN KUIH-KUIH TALAM BERASASKAN UBI, PISANG, LABU, JAGUNG, KACANG HIJAU DLL SUMBER MAKANAN.

PI AMAT SUKAKAN KUIH TALAM PANDAN KERANA AROMA PANDANNYA YANG WANGI AMAT. DI BAWAH PI KONGSIKAN RESEPI TALAM PANDAN  DARIPADA SEBUAH BLOG MASAKAN.

TALAM PANDAN
Resepi : Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku...TERIMA KASIH.

BAHAN UTK LAPISAN BAWAH
1 cawan tepung beras
1 sb tepung jagung
1/2 cawan gula ( k.yatie tambah 2 sb lagi )~ yana x tambah
2 cawan santan cair + sikit garam
1 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 sb air kapur

Cara Masak Lapisan Bawah
  1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
  2. Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.
  5. Sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.
BAHAN UTK LAPISAN ATAS
1/2 cawan tepung beras
4 sb tepung jagung
3 cawan santan sederhana pekat
1 sk garam

Cara Masak Lapisan Atas
  1. Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sekejap adunan di atas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ini tidak berketul2 ( dalam 10 minit )
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.
  4. ( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan )
  5. Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
  6. Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan. ( potong guna pisau plastik/pisau kek )
Selamat Mencuba :-)


15 comments - "KUIH-KUIH TALAM YANG DI SUKAI..."

nohas delete icon 11 April 2014 at 14:27

sukanya...sekarang ni mcm2 jenis..talam keladi, talam cendol..banyak pilihan...

masa kecik2 dulu, suka kuih lapis..makan selapis, selapis..lambat sikit habis..

paridah delete icon 11 April 2014 at 15:04

kuih talam sekarang konfius juga nak masukan ke mulut ya...terlalu cantik...tq nohas

Aku Penghibur delete icon 11 April 2014 at 15:49

wahhh bermacam-macam colour ada nei ^_^ sedap kalau makan petang2 nie

paridah delete icon 11 April 2014 at 17:43

ya kuih talam la ni mcm2 pesen...sedap agaknya tu...tq acik Aku Penghibur.

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 11 April 2014 at 18:57

sedap-sedap belaka.

Yun Sing delete icon 11 April 2014 at 19:38

Waaa.... amat menyelerakan :D

~Kak Nah Backyard (^_^)~ delete icon 11 April 2014 at 22:49

tergoda..nampak lembut dan sedapp =)

paridah delete icon 12 April 2014 at 08:06

ya suka dgn kuih talam yg nampak lembut n cantik...susah juga nk buat tu...tq Kak Nah Backyard.

paridah delete icon 12 April 2014 at 08:08

sedap2 semua tu ...tq Yun Sing.

paridah delete icon 12 April 2014 at 08:10

mestilah tu...tq Muhammad Khairuddin Lim.

Nanie delete icon 14 April 2014 at 09:01

Wah! sedapnya... bila lah nak belajar buat kuih sendiri kat umah. Asyik beli je...

paridah delete icon 14 April 2014 at 10:53

ye Nanie kena belajar buat sendiri...tq nanie.

Bin Muhammad delete icon 14 April 2014 at 10:59

Nak buat, memang tak kan menjadilah...tau makan jer, hehe

paridah delete icon 14 April 2014 at 18:02

makan pun ok juga menyenangkan hati yg membuatnya....tq Bin Muhammad.

Muhd Fateh delete icon 18 September 2017 at 08:08

▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?

▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”