Friday 25 April 2014

GARA-GARA SEULAS NANGKA....


ASSALAMUALAIKUM...

NANGKA...JACKFRUITE KATA OMPUTIH MEMANG MANIS SEJUK RASANYA DAN RAMAI YANG MENYUKAINYA TERMASUK TERNAKAN LEMBU JUGA. KALAU DI KAMPUNG-KAMPUNG DI BAWAH POHON NANGKA INILAH TEMPAT MEREKA MELEPAK MENUNGGU KOT KOT BUAH NANGKANYA GUGUR. ISTIMEWA SUNGGUH RASA NANGKA NI..


                                                                  NAMUN DALAM SEJARAH MELAYU TUN SRI LANANG TELAH MENUKILKAN GARA-GARA SEULAS NANGKA WAN SRI ANUM ISTERI KEPADA MEGAT SERI RAMA TELAH DIBELAH PERUTNYA YANG SEDANG MEMBOYOT KERANA MENGIDAMKAN MEMAKAN NANGKA DARIPADA KEBUN RAJA TANPA KEIZINAN RAJA TERLEBIH DAHULU...SERAM PULA MENULIS CERITA-CERITA LAMA NI WALAU ADA NILAI SEJARAHNYA.

KETIKA ITU MEGAT SERI RAMA SEDANG MEMERANGI LANUN-LANUN DI LAUTAN.

RUPANYA RAMAI YANG IRI DENGAN KEJAYAAN MEGAT SERI RAMA KERANA MENDAPAT PANGKAT DAN PERHATIAN SULTAN MAHMUD LALU SEMASA KETIADAANNYA, ISTERINYA YANG SEDANG SARAT HAMIL MENJADI MANGSA BALAS DENDAM MEREKA..
BACA DI SINI UNTUK KETAHUI KISAH SETERUSNYA http://infinatus-lagendamelayu.blogspot.com/2010/06/sultan-mahmud-mangkat-dijulang.html
PIC NORADABI ROSDI.

NANGKA MUDA NI SEDAP JUGA DIBUAT GULAI, MASAK LEMAK KUNING ATAU KERABU
 YANG ENAK.

GULAI NANGKA MUDA
RESEPI DARIPADA BLOG DAPUR TANPA SEMPADAN...TERIMA KASIH.

rsz_gulai_nangka_ehem


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda yang telah siap disiang dan potong kiub, direndam
6 - 7 ketul keratan tulang ikan masin kurau, rendam 1 jam
3 keping tempe, potong kecil
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat
3 batang serai, dititik
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
1500 ml santan cair
400 ml pati santan
1 kiub pati ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus nangka muda sekejap (kurang lebih 10 minit), kemudian toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih. Masukkan tulang ikan masin kurau (toskan terlebih dahulu) dan kiub ikan bilis (jika guna). Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Tambah tempe dan asam gelugor, bila nangka dan tempe empuk, tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukup rasa, masukkan lada hitam, sedikit gula dan daun kunyit. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan dikacau selalu.
  3. Masak sekejap, dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng...



14 comments:

  1. Sedapnya nangka dan gulai nangka tu. Saya tak blh mkn banya sbb angin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanlah sekadar menunai kehendak selera...terlebih makan mmg xterlawan angin merusug di badan....tq Fiza Rahman.

      Delete
  2. tadi saya makan masak lemak kambing bersama nangka ;)

    ReplyDelete
  3. Teringat cerita lancang kuning dulu-dulu dari kita kecik sampai sekarang masih sesekali ada diulangkan. Tapi gulai nangka muda memang memikat. Kalau kg kakak kadang bila ada tahlil satu dari dish gulai nangka macam inilah. Kakak suka tau PI:)

    ReplyDelete
  4. cerita dulu2 ni rasa kak lah mmg ada kebenarannya...seperti sejarah Sultan Mahmud mangkat dijulang ni juga kisah lanchang kuning tu...gulai nangka mmg jadi dish kesukaan org2 kampung tika kenduri kendara...tq Kakzakie.

    ReplyDelete
  5. Suka baca pasal cite-cite Sejarah ni.. hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejarah mmg seronok dibaca n diketahui..agar boleh dijadikan teladan...tq Yun Sing.

      Delete
    2. minat sejarah ya..bagus tu...tq Yun Sing.

      Delete
    3. Setuju :) Hehe.. thanks ^^

      Delete
  6. Replies
    1. cerita sejarah memang asyik dibaca...tq Muhammad Khairuddin :Lim.

      Delete
  7. dulu ada pokok nangka tepi rumah..tak larat nak makan, cucuk dgn lidi, jual kat kedai runcit...kenangan buah nangka...

    ReplyDelete
  8. nangka kalau dh mula berbuah xtermakan banyaknya...tq nohas.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist