Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu.
Pak Kiyai : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu? Pemuda : Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang. Pak Kiyai : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu? Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam. Pemuda : Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : “ Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain” Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “ Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?” Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut, Pak Kiyai : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah? Pemuda : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai. Pak Kiyai : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah? Pemuda : Benar sekali Pak Kiyai . Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka. Pak Kiyai : Silakan minum Abdullah. Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia. Pak Kiyai terus bertanya : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan? Pemuda : Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya. Pak Kiyai : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya. Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible? Pemuda : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Pak Kiyai : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama. Pak Kiyai : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan? Pemuda : Sudah tentu Pak Kiyai. Pak Kiyai : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut? Pemuda : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang. Pak Kiyai : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu. Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketika mana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi? Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan” Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya? Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya. Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “ Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya” Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “ Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?” Maka kata al-Imam Malik : “ Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya” Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya. Pemuda : MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya . Pak Kiyai : Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar InsyaAllah. |
Thursday 25 July 2013
MINUM DARI CAWAN BUKAN DARI TEKOHNYA....
copy paste...tq
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MyBloglist
-
-
Terpukau dengan Pemandangan Tasik Plitvice di Croatia : Subhanallah! - Bismillahirrahmanirrahim: Kita mulai entri dengan merenung ciptaan Allah menerusi firman-Nya dalam Surat An-Nahl Ayat 15: وَأَلْقَىٰ فِي الْأَرْضِ رَوَا...10 hours ago
-
Salam Nuzul Quran 2024 - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Salam Nuzul Quran 2024* serta selamat berpuasa kepada semua rakan blogger. Lamany...19 hours ago
-
PHOTO DIARY #12/2024 - Assalamualaikum semua, Hari ini kami di Selangor dan Kuala Lumpur bercuti sempena Nuzul Quran. Dapatla berehat sehari kat rumah, tapi dari pagi dah fiki...21 hours ago
-
SALAM NUZUL AL QURAN 1445H - *SALAM NUZUL AL QURAN 1445H |* Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. 17 Ramadan hari ini. Syukur. Dengan keadaa...22 hours ago
-
Ke bazar Ramadan TTDI, KL - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ Jujur cakap, walaupun dah berpuluh tahun duduk KL, tapi sekali pun tak pernah jejakkan kaki ke sini. why? salah satu seb...1 day ago
-
WW 558 : Romadon Dah Setahun Hijri - Salam bertani Semalam 15 ramadan genap setahun hijri umur Romadon Romadon berumur 7 bulan Romadon berumur tiga bulan Romadon selepas dilahirkan pa...1 day ago
-
Realisasikan impian memiliki Smart Home yang damai di tepi tasik Izara 2 @ Bayu Sutera , Seremban - Rasanya dalam 2 bulan lepas, kak ana ada ke Seremban menyantuni resepsi perkahwinan anak kawan sekolah menengah di satu venue event hall. Tak lah jauh sa...1 day ago
-
Syarat-Syarat Menyewakan Rumah - Semalam sampai dari Kelantan tengahari, petang terus bawak bakal tenant viewing rumah sewa. Owner minta tolong cari penyewa untuk rumah dia. Tapi untuk p...2 days ago
-
-
Koleksi Ekslusif Kurta Raya Saiz Besar 2024 Keluaran BOBROCK Clothing (BRC) - Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan *Men’s Plu...6 days ago
-
Hukum Mencabut Gigi di Siang Hari Bulan Ramadan - Sebenarnya banyak kali juga dengar ceramah pasal cabut gigi ni tentang cabut gigi di siang hari ketika berpuasa Ramadan. Tapi tetap juga timbul pertan...6 days ago
-
Ramadan ke 11 baru muncul entry ini - Assalamualaikum dan hai semua! Haih, begitu lama tak update blog. Sebelum nampak anak bulan Ramadan sampai masuk fasa ke-2. Hahaha. Apakan daya, sis busy...6 days ago
-
Kunci Hidup Tenang - [image: kunci hidup tenang] *Kunci Hidup Tenang* Kunci untuk hidup tenang ialah : ** Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. * Bersyukur yang ha...1 week ago
-
Belum Terlambat Ikhlas Di Hati - Asalamualaikum dan Salam Sejahtrera Semua. Selamat menunaikan ibadah puasa dibulan Ramadan Alhamdulillah, dengan izinNya dapat meluangkan masa ke laman...1 week ago
-
Warna-Warni Ramadan - Salam 9 Ramadansemoga baik-baik semuanyaSabtu lepas, pertama kali jejak kaki di bazar Ramadan Meriahh..myriads of colours.. kuih cara dan kaswi gedik kui...1 week ago
-
Ramadhan Kareem 1446H - بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمSalam Ramadhan untuk semua. Allhamdulillah tup tap tup tap dah masuk Ramdhan yang ke 5. Cepat sungguh masa berlalu. ...1 week ago
-
Recap for reading 2024 - 1. She and her cat 2. A robot in the garden 3. You've reached Sam 4. Haley and Bix: Best friend no matter what3 weeks ago
-
Majlis Perkahwinan Muaimin dan Farah - Assalamualaikum, 2hb March yang lalu kita orang geng Ulat buku telah menghadiri majlis perkahwinan anak Anim. Kiranya ini pertama kali Anim dapat men...3 weeks ago
-
Hukum makan pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan - *Soalan:* Bolehkah saya mengambil pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan sepanjang bulan Ramadan? Mohon pencerahan. *Jawapan: * Hukum bagi wani...4 weeks ago
-
Hadis 6: Dua Golongan Diseksa di kubur - عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ بَعْضِ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَان...1 month ago
-
Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️ - *ATIEZIEYAGALLERY 'S INSTAGRAM*1 month ago
-
Kalau sudah tertulis milik kita, tiada siapa mampu halang,Allah akan permudahkan - Assalamualaikum Di dalam labirin kehidupan yang kompleks dan penuh cabaran, sering kali jiwa kita merayap dalam ketidakpastian dan kegelapan. Namun, ...2 months ago
-
Doa Mendapat Anak Soleh Solehah Hafaz Al-Quran Dan Selawat Mudah Bersalin - Assalamualaikum wbt, Impian semua ibu bapa di dunia ini yang berimpikan mempunyai anak-anak yang soleh solehah serta menjadi penghafaz Al-Quran. Tulisan ka...2 months ago
-
Kelebihan Penstriman Langsung Dalam Pemasaran Marketplace - Assalamualaikum. Penstriman langsung atau live streaming kini sudah menjadi trend pemasaran marketplace yang semakin berkembang pesat! Bagi rakan usahawa...2 months ago
-
Kedai Komputer Terbaik di Petaling Jaya - Adakah anda sedang mencari kedai komputer yang terbaik di Petaling Jaya? Sebaiknya anda mencari *kedai komputer* yang boleh dipercayai untuk *membaiki k...4 months ago
-
Cepatnya Masa Berlalu - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz...Harap semuanya dalam keadaan sihat..Tak berasa hampir 4 bulan tak update blog.. heheTerla...4 months ago
-
BILA ANAKMU BERTANYA TENTANG PALESTIN - Assalamualaikum sahabat blog ku sayang🥰 Semoga kita berada dalam rahmat Allah SWT😍 Rindu kenangan solat di Masjidil Aqsa Palestin pd tahun 2019, dah 5 t...5 months ago
-
#JMBELOG: SUMBER - Portal Semakan *TriviaMY - Portal Kerjaya dan Info Bantuan Kerajaan* *JAWATAN KERJA - Semua maklumat tentang kerjaya* *Blog Rojak - Portal Informasi Mal...5 months ago
-
JELI PENYEJUK BADAN - Sejak akhir2 ini, cuaca sekejap panas terik, sekejap hujan lebat, buatkan badan kita semua tak selesa. Dalam cuaca terang benderang tetiba huja...6 months ago
-
Akhirnya Kalah Dan Mengalah... - Beginilah...di usia meniti senja... pergerakkannya makin kerap terganggu. Ada saja sebabnya untuk mengalah dan rebah... Seperti yang pernah mak catat di bl...6 months ago
-
W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...7 months ago
-
Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...8 months ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...8 months ago
-
NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...11 months ago
-
PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA DI ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON - Assalamualaikum and Hi! Untuk entry yang lepas, aku dah tulis tentang buffet Ramadan di AnCasa Residences kan? So, untuk entry ini aku akan tulis ten...1 year ago
-
Perubahan dunia blogging? - Salam. Sudah lebih kurang setengah bulan saya balik ke dunia blogging ni; blogwalking setiap hari sehingga post pertama Tahun Baru 2023 tiga hari lalu. ...1 year ago
-
-
Masih ada yang ingat siapa penulis blog Jari Manis Travel tak? - Assalamualaikum semua sahabat alam maya 💖 View dalam flight dalam perjalanan balik kampung on Nov 2022 - Tengok Air Asia ingat JM okey hehe Ya Allah!...1 year ago
-
Bubur Lambuk....Jom buat... - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Bubur Lambuk....bulan ramadhan pasti insyaAllah akan ada saja bubur lambuk yang dijual mahupun dibuat edaran kep...1 year ago
-
Tamat - Assalammualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca blog Pn.Komsiah. Pada 1 November 2021, Pn.Komsiah telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.36 malam. Jena...2 years ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...2 years ago
-
Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...2 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...2 years ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...2 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...2 years ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...3 years ago
-
Bukit Intan, Trolak Timur, Perak - Bukit Intan, Trolak Timur. Mendaki : 45 minit. Kesusahan pendakian : Easy hiking. Trek : Bersimpang siur tetapi telah ditanda dengan jelas oleh tali berwar...3 years ago
-
JANGAN BERSEDIH - SAYA SEDIH SIS, FAMILY SENDIRI PUN TAK SUPPORT BISNES SAYA 🥺 . Jangan bersedih bila apa yang kita buat tak mendapat sokongan orang terdekat seperti Pasa...3 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...3 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...3 years ago
-
-
BubbleBee Bangi - Assalamualaikum, salam bahgia semua yang mengenali Bunda.Kita masih dalam PKPP So jagalah SOP. Biasakan dengan amalan norma baharu. Sepanjang PKP lep...3 years ago
-
PICKUP KL/SELANGOR MURAH - Hi Assalamualaikum Guys. Apa khabaq semua. Biasalah kan dah start nak kerja ka apa ni macam-macam ujiannya. Dah nak dekat sebulan juga tak update blog ni. ...3 years ago
-
Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...4 years ago
-
Sepi. Sedih. Kehilangan - Assalamualaikum. Lama menyepi. Ada sebab. Kurang mood. Isnin lepas (28.10.19) tengah sarapan pagi, dapat panggilan telefon dari sepupu di Tawau. Dia maklum...4 years ago
-
Bina Homestay Chalet Kontena - Sudah agak lama I memasang impian dan cita-cita untuk nak *bina Homestay atau Chalet Kontena* ni... memandangkan I ada sekangkang kera tanah yang diberi ...5 years ago
-
Percutian Di Swiss Garden Beach Resort - Swiss Garden Beach Resort Kuantan terletak di Pantai Beserah, lebih kurang 15 km dari pusat bandar Kuantan. Sesuai amat untuk membawa anak-anak kecil b...5 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...5 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...5 years ago
-
mencuba untuk kembali - ASSALAMUALAIKUM PINJAM 3MINIT UTK BACA NI 1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah ...5 years ago
-
Review Filem Pulang - Assalamualaikum. Sejujurnya, selepas tengok trailer filem PULANG, memang rasa nak tengok filem ini sepenuhnya. Nampak best dan pastinya tak sama seperti ...5 years ago
-
Meniti Suratan - *Terciptanya wanita dimuka bumi ini bukan untuk disakiti fizikal atau hatinya. Ia diutuskan untuk saling melengkapi, saling menyempurnakan dan saling memb...6 years ago
-
Booth di Subang Parade - Assalamualaikum kawan2 semua. Nak cerita pengalaman 2 hari berniaga di Subang Parade. Sabtu dan Ahad lepas saya dan anak menjual tudung di shopping komplex ...6 years ago
-
Tahun 2017 Yang Tragis - *Tahun 2017 Yang Tragis* | Alhamdulillah , masih dipanjangkan usia untuk menikmati tahun 2018 . Tahun ong kata orang cina . Maka ramailah orang cina yang ...6 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...6 years ago
-
Tip Dan Amalan Meninggalkan Rumah Kosong - Assalamualaikum semua.. cuti hari raya aidilfitri akan disambut tidak lama lagi maka pasti ramai yang akan balik kampung lalu meninggalkan rumah kosong dal...6 years ago
-
Ahlan wa sahlan ya ramadhan 1438H - Akhirnya terkulai dan bisu tanpa titisan walau sepatah perkataan. Ampun dan maaf dariku selaku tuan empunya blog TITISAN NURANI. Terlalu banyak rentetan y...6 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...7 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...8 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...8 years ago
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”