Tuesday 8 May 2012

ADUHAI IBU

ASSALAMUALAIKUM...

"Jomlah kita pergi berubat ke utara sana...dengarnya di sana ada seorang bomoh yang handal." Ajak ibunya.

"Tak boleh lagi...la ni banyak nak guna duit. Kakak kat universiti tu tiap bulan nak kena bagi duit, adiknya lagi sedang buat diploma tu nak duit juga. Tunggulah hingga kakak habis belajar baru boleh pergi berubat..."
'Lepas kakak habis belajar nak kahwin pula, tentu nak pakai duit banyak nak buat kenduri kahwin pula..'detak hatinya.

"Kalau nak tunggu habis semua tu, tak berubatlah kau. Duit yang ada semua dihabiskan untuk keperluan anak-anak. Kau tu makin lama makin tua makin lemah. Masa muda sikit ni lah nak berubat sebelum terlambat..."

Padanya apa yang dikatakan ibunya itu memang benar. Tapi apakandaya hendak menyetujinya kerana anak-anaknya cuma ada dia tempat menyandarkan semua masalah mereka. Tidak mungkin dia mengabaikan anak-anaknya demi belanja perubatan untuk dirinya.

"Masa ni kau boleh lagi berjalan walau selalu tersungkur tak mengapalah tak berubat...nanti bila dah berumur sakit orang tua pun dah sampai...tanggunglah. Kau tu dah lah sakit lepas eksiden dulu tu...bertambah-tambah lah sakitnya."

                                              PIC HIASAN...

'Entahlah mak...tak tau nak kata apa lagi. Semoga Allah memberiku kekuatan jiwa raga untuk melepasi apa jua ranjau dugaanMu yang merintang di laluan hidupku....InsyaAllah...' Suara hatinya bergemersik halus.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist