Saturday 30 July 2011

Pantun Nur Romadhan

Marhaban Romadhan al-mubarak
Romadhan penghulu segala bulan
moga takwa kian marak
ibadah puasa diterima Tuhan

Penuh barokah bulan Romadhan
menghapus dosa bathin zahir
Lailatulkadar kita impikan
gandakan amal sepuluh malam terakhir

Pahala fardhu 70 kali berganda
pahala sunat seperti fardhu
Anugerah Allah kita rebut bersama
Romadhan ditunggu penuh rindu

Mendidik diri lapar dahaga
mulut berbau harum kasturi
Tadarus terawih meningkat takwa
zakat sedekah dimurah rezeki


oleh: Noorlaila Ghafar

2 comments:

  1. Idea spontan selepas menghadiri usrah di rumah anak saudara suami. Perlu banyak lagi dimurnikan. Apa pun terima kasih Ida. X terfikir pun SMS pantun Lela, Ida masukkan dalam blog...

    ReplyDelete
  2. Karya seni seindah itu mesti dihargai dan dilayarkan ke alam maya untuk dinikmati bersama. Terserlah kemampuan penulisnya yang bukan calang-calang.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist