Sunday 19 June 2011

Satira rasa

Buat rimpi padi muda
biar wangi semarak baunya
biar mimpimenjadi nyata
biar pelangi mewarnainya

Baju kedah pakai ke kota
bunga melati riaskan pipi
bukan mudah bagai dikata
justeru realiti bukan mimpi

Sampah sarap atas permatang
air bertakung di laman orang
apa diharap kelapa sebatang
pohonnya condong ke laman orang

Berbaju merah bersongkok merah
letak pelana di takar suasa
berdiri marah dudukpun marah
dalam lena membakar rasa

Sri Kedah indah dilagu
buah peria di tanah Cina
hari indah telah berlalu
tika ceria telah sirna

Bunga angsana sulur berduri
kain khaki kain pelikat
hendak kemana mengangsur diri
sedang kaki kemas terikat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist