Monday 18 March 2024

SAYEMBARA ESVA

 ASSALAMUALAIKUM



REZEKI RAMADAN MULIA
KEPUTUSAN SAYEMBARA-SAYEMBARA @ ESVA:
Alhamdulillah, pihak kami telah menerima 5 lagi keputusan sayembara di portal ESVA. Syabas buat para pemenang yang berikut:
#9A/2022 (CERPEN: FIKSYEN SAINS)
Ke-1: Moh. Ghufron Cholid. Ke-2: Hamizun Shah. Ke-3: Paridah Ishak. Ke-4: Husairi Hussin.
#14/2022 (PUISI = SYAIR NORMAL BAHARU)
Ke-1: Salman Sulaiman. Ke-2: Hamizun Shah. Ke-3: Ekhwan Rusli.
#17/2022 (PUISI: PILIHAN RAYA UMUM KE-15)
Ke-1: Ismail Hashim. Ke-2: Paridah Ishak. Ke-3: Hamimah Ibrahim.
#18/2022 (PUISI: PASCA-PRU 15)
Ke-1: Sujata Wee. Ke-2: Cunong Suraja. Ke-3: Mohd. Adib Ab. Rahman.
#6/2023 (PUISI: MALAYSIA 66)
Ke-1: Ekhwan Rusli. Ke-2: Aloy Indra. Ke-3: (i) Siti Nurza. (ii) Gabriel Kim Juan.
cnp whatsapp GAKSA (C)
Alhamdulillah terima kasih banyak Prof IRWAN ABU BAKAR dan para juri GAKSA E-sastera Vaganza ASEAN sudi pilih karya kakpidah antara pemenang.
Tahniah semua peserta dan pemenang.

Sunday 17 March 2024

TANAH LEMBAH

 ASSALAMUALAIKUM


 


TANAH LEMBAH

.

kampung indah

tinggal sudah

kian sunyi

diam bunyi

.

jiran rakan

mesra sakan

beka riuh

kini jauh

.

ratap duka

tangis seka

takdir pisah

menung resah

.

ombak rindu

arus sendu

bayang ilam

citra silam

 

 

 

SEBAB ALPA

 

Andai  alpa

akan lupa

kala sedar

duduk sandar

.

Sudah  jadi

enggan sudi

ambil  kisah

runsing susah

.

fikir mudah

diam sudah

isu berat

cincang kerat

.

Allah  duga

jiwa raga

tabah hadap

sakit hidap


Saturday 16 March 2024

SAYEMBARA PUISI TRADISI

 ASSALAMUALAIKUM



SAYEMBARA PUISI TRADISI

 

Puisi lama amat berminat

dia berkarya tiada penat

bersayembara

permudah gara

syaratnya pula mengundang tenat

.

Hanya inginkan bukan Melayu

mengenangkannya gelimang sayu

apa nak kata
bincang merata

luahan rasa merayu-rayu

.

Bukan niatnya ataupun iri

sekadar hanya pendapat beri

sekat begitu

bukan penentu

disanggah pula terdiam nyeri

.

Karya puisi di Malaysia

peranannya usah dipersia

melangkah arus

ditolak terus

akur semua renung rahsia


Thursday 14 March 2024

WARGANEGARA

 ASSALAMUALAIKUM


 


WARGANEGARA

 

Rasa musykil amat

warganegara

tidak tahu

bahasa

.

Bahasa Melayu

warisan bangsa

Malaysia

remehkan

.

Malu gunakannya

antara kaum

intergrasi

holistik

.

Perpecahan retak

kian ketara

bakal hancur

berkecai

 


Wednesday 13 March 2024

UJIKARYA SELOKA

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM AWAL RAMADAN
KEPUTUSAN UJIKARYA SELOKA (3) "KONSERT"
PEMENANG:
❤ Paridah Ishak
Terima kasih Sifu Tabir Alam
pic Graha Karya (c)



KEPUTUSAN UJIKARYA SELOKA (4) "BAZAR"
PEMENANG:
TAHNIAH SEMUA PEMENANG DAN PESERTA



KEPUTUSAN UJIKARYA SELOKA (5) "KOPI"
PEMENANG:




Monday 11 March 2024

PANTUN RAMPAIAN

 ASSALAMUALAIKUM



Berlama-lama mandi di kolah,

berkali-kali emak mendesak;

hari pertama buka sekolah,

sibuk sekali jalan pun sesak.

 

Mengetuk kantung berbunyi kantung,

nada sekata terdengar indah;

nasib beruntung tentu beruntung,

mencari harta juga ibadah..

 

Sesat berjalan di dalam rimba,

lintas sempadan bertambah gundah;

ragaikan bulan jatuh ke riba,

rahmat Ramadan menjelang sudah.

 

Cuti sekolah pergi ke Sungkai,

Kampung asalnya tempat berkumpul;

kusut masalah segera rungkai,

berbalah hanya tambah bersimpul..

 

Bawah banjaran subur keranji,

rimbun melati redup sisinya;

adat lamaran mengikat janji,

berubah hati sumbang jadinya.

 

Tepian tasik riang bernyanyi,

unggas terhenti makan berangan;

Radio klasik  penghibur sunyi,

menyentuh hati gamit kenangan.

 

Pagi  berkabut mula bertugas,

menyusun takar dengan teliti;

biar berlembut tetapi tegas,

sepantun akar selirat erti.

 


Sunday 10 March 2024

BIAS HABA

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU



BIAS HABA

.

Bahang panas

tambah ganas

baham sana

sini kena

.

Alih pandang

buruk adang

ubah taktik

tiap detik

.

Salah orang

selak curang

sebar nista

ceruk rata

.

Puja puji

hindar keji

jadi kawan

lalu tawan


Saturday 9 March 2024

HARI PUISI

 ASSALAMUALAIKUM



HARI PUISI

(Kuatrin)

 

Pemuisi serata dunia

mencoret ilham diksi pilihan

melimpah-ruah Allah kurnia

bakat  terpendam alir perlahan

.

Hari Puisi lalu iktiraf

diraikan penuh meriah

menjulang karya impak setaraf

mencerna minda tolak akliah

.

Pelbagai genre puisi tulis

syair dan pantun budaya bangsa

mengolah karya menyeri majlis

bertukar madah serasi rasa

.

Deklamator  pun membaca puisi

semata sajak suara lantas

lupa akan puisi tradisi

gilang cahaya pesona pentas

.

Selirat maksud bermetafora

menghahadamnya menelan liur

gelut mentafsir susun  aksara

.terbina indah agum menggiur


MyBloglist